1)Petua untuk mengilatkan rambut
Ambil santan kelapa yg pekat sebanyak satu cawan dicampurkan dgn air perahan sebiji limau nipis.Kemudian sapu pada rambut sambil mengurut2 kepala antara 5 -10 minit.
Biarkan 20minit,barulah dicuci dengan menggunakan syampu yg sesuai dgn jenis rambut anda.Rambut anda akan menjadi sihat dan berkilat.
2)Petua mencegah rambut gugur
Ambil beberapa biji limau nipis dan gosokkan ke seluruh kulit kepala,kemudian lumurkan putih telur.Setelah berbuat demikian, ambil sehelai tuala yg bersih,balut kepala semalaman.Esoknya baru lah dicuci rambut itu dengan air suam, kemudian dibilas dengan air dingin.
Lakukan lah dgn teratur sekurang2 nya dua kali seminggu. Ia dapat mengelakkan rambut daripada gugur.
3)Petua Pulihkan kulit melecur.
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
4)Petua Menghilangkan bau badan
Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi. Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun biasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.
5)Petua Menghilangkan panau.
Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.
6)Petua Meredakan batuk.
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.
Wednesday, September 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment