Monday, September 8, 2008

6 TIPS KE SALUN

IKUTI 6 TIPS UNTUK DANDANAN CANTIK DAN MENAWAN SETIAP KALI ANDA KE SALUN..


1.Paling penting,sebelum memulakan sebarang dandanan,kenal pasti dahulu gaya serta potongan dan warna serasi dengan bentuk wajah,imej dan penampilan diri.Selalu bawa gambar contoh ke salun.Dengan berpandukan gambaryang dbawa,anda pasti mendapat gaya Rambut yang diidamkan.

2.Kunci kepada mencapai penampiln bergaya salun,bukan hanya kepada potongan dan warna,produk penjagaan dan dandanan juga memberi kesan yang sangat besar.Dalam memelihara rambut dengan baik,pastikan anda mendapat produk sesuai dengan rambut.

3.Sebelum memulakan sebarang dandanan,berbincanglah dengan pendandan bagi memilih produk dandanan yang serasi dengan potongan dan warna rambut,juga tekstur,kepanjangan,kekilatan,perasaan atau mood dan kepenggunaan rambut yang dingin.Barulah hasil memuaskan hati.

4.Berikan perhatian penuh semasa rambut digunting atau diwarnai supaya kamu boleh menghentikannya serta merta sekiranya dandanan yang dibuat tidak memuaskan hati.Ramai wanita yang suka menundukan kepala membaca majalah ketika berada di salun sehingga rambut siap didandan.Akhirnya,mereka menyalahkan pereka rambut sekiranya hasil tidak memuaskan hati.

5.Bagi produk penjagaan seperti syampu,perapi,mask dan rawatan,dapatkan pendapat pedandan rambut mengenai keadaan rambut dan kulit kepala sebelum anda memilih produk.Barulah hasil dandanan lebih menyerlah.

6.Jangan membasuh rambut setelah pulang dari salun.Pakar warna rambut menyatakan bahawa lebih baik rambut dibiarkan berminyak kerana kandungan minyak pada rambut dapat melindungi kulit kepala.

No comments: