Thursday, August 28, 2008

MAKE OVER RAMBUT

Tahukah kamu bahawa wanita sering sahaja meng’make over’kan wajah mereka sahaja tanpa memikirkan tentang keadaan rambut??Bkn wajah sahaja yang perlu di’make over’kan,tetapi rambut juga haruslah diberi perhatian untuk mendapatkan penampilan yang optimum.Ada 5 perkara yang membuatkan anda perlu pergi ke salun-salun rambut.



1.BERDANDAN LEBIH DARI 20 MINIT
• Apabila anda terpaksa menghabiskan waktu lebih dari 20 minit untuk mendandan rambut,ini bermakna rambut kamu sudah tidak memiliki gaya potongan.

2.SELALU DIIKAT EKOR DUA
• Apa agaknya gaya rambut yang cuba kamu tampilkan?apabila kamu terus menerus mengikat rambut ala kuda,ini bermakna rambut kamu hendaklah segera diperbaiki.

3.RAMBUT SUDAH TIDAK MEMILIKI VOLUME.
• Setelah kamu mem’blow’ rambut kamu,namun dibahagian atasnya masih kelihatan leper,sementara dibahagian sisinya mengembang,ini bermakna kamu harus memberikan perhatian kepada rambut kamu.






4.WARNA HIGHLIGHT LEBIH JELAS DIBANDINGKAN WARNA ASAL.
• Untuk memperbaikinya,selama 3 bulan sebaiknya kamu mewarnai rambut tanpa ‘highlight’.Jangan fikir kamu tidak stylish,kerana beberapa hari secara semulajadi,sinaran matahari akan membuatkan lapisan rambut paling atas akan terlihat seperti highlight.

5.SUDAH ADA RAMBUT BERCABANG.
• Apabila kamu berniat menyimpan rambut panjang,jangan lupa untuk kerap memotong disetiap hujung rambut sebulan sekali.Jika dibiarkan rambut kamu akan mudah bercabang.
RAMBUT BERMINYAK


 Gunakan clarifying shampoo
- Syampu yang disarankan adalah jenis clarifying shampoo yang tidak mempunyai perapi,tetapi jika anda mempunyai rambut kering,gunakan perapi di hujung rambut sahaja.biarkan selama 1 atau 2 minit,kemudian bilas sehingga bersih.

 Sikat rambut dengan cermat
- Mengapa harus disikat dengan cermat?teknik ini boleh mengurangi kadar minyak pada batang rambut.Untuk rambut yang terlalu berminyak,percikan air pada rambut kamu sebelum disikat,kemudian keringkan menggunakan hair dryer sambil menyikat.Minyak dirambut akan menjadi cair dan mudah dihilangkan.









KULIT KEPALA BERMINYAK DAN HUJUNG RAMBUT KERING

 Penyebab rambut berminyak
- Elakkan syampu yang mengandungi detergen(zat kimia untuk menimbulkan buih)yang boleh membuatkan rambut kehilangan minyak semula jadinya.

 Syampu dari bahan semulajadi
- Pilih syampu dari tumbuhan semulajadi atau syampu yang memang diformulasikan untuk rambut berminyak.usahakan untuk tidak mencuci rambut dengan terlalu kerap.

 Hindari produk alkohol.
- Penggunaan produk yang yang beralkohol akan membuatkan kulit kepala menjadi lebih berminyak dan hujung rambut akan kering.